Selamat Berblogging!

Thursday, September 03, 2009

Assalamualaikum wrt. wbt.




Mrs. Azman mengucapkan 'Selamat Berblogging!' kepada diri sendiri. Semoga blog yang sudah sedia tercipta selama hampir empat tahun ini akan mula dan sentiasa 'hidup' dengan entri baru. (hu..hu..hu..)

Memikirkan payah untuk bersua dengan rakan-rakan yang kini makin jauh 'berkeliaran', Mrs. Azman merasakan bahawa servis percuma blogspot ini mesti dimanfaatkan. (Betul3x..)

Jimat masa (tak perlu tunggu holidays dan nak kena sesuaikan dengan masa lapang kawan-kawan yang lain). Jimat tenaga (tak perlu nak angkut anak-anak). Jimat kewangan (tak perlu habiskan duit untuk kenaikan harga minyak ni). It's really, really, really practical!

Bukan sekadar untuk mengkhabar berita tetapi juga untuk chatting (perempuan kan..). Kalau dulu, suri rumah-suri rumah berbual berborak di atas tangga, kini ibu-ibu moden menjalin dan merapatkan silaturrahim hanya melalui papan kekunci dan tetikus! (walaupun Mrs. Azman takutkan tikus).

Yeah! Hidup ibu moden!!

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP