Thursday, December 31, 2009

'Air mata air di dalam syurga yang sungguh sedap diminum' - surah Al-Insaan, ayat 18. Dari ayat ini kami namakan permata pertama kami dengan Ain Salsabila. Mengikut sejarahnya, Mrs. Azman mahu menamakan anak @ anak-anak dengan nama-nama baik dan elok bermakna lagi tersebut di dalam Al-Qur'an. Pada pendapat Mrs. Azman, kita pastinya gembira apabila membaca sesuatu bacaan yang tersebut nama kita. Lebih-lebih lagi jika tertulis dalam kitab-Nya. Mrs. Azman mahu anak-anak seronok dan terdorong untuk mengaji apabila tahu asal-usul nama-nama mereka. Selain itu yang menguatkan azam Mrs. Azman ialah, ketika belajar di EIHS, para pensyarah di situ mempunyai nama-nama indah yang tersebut di dalam Al-Quran. Apabila mereka memperkenalkan nama, pastinya akan disusuli dengan keratan ayat Al-Quran tersebut. Inilah yang memberikan inspirasi kepada Mrs. Azman.

Alhamdulillah, Mrs. Azman berjaya khatam Al-Quran sebanyak lapan kali dalam tempoh 39 minggu 5 hari. Pada hari-hari terakhir, Mrs. Azman mengulangi bacaan surah Yusuf sambil menghayati ceritanya. Selain mengharapkan keelokan rupa paras si anak, harapan agar si dia akan meneladani ketaatan dan kebaikan baginda nabi Yusuf a.s juga dimakbulkan Esa. Jika ditakdirkan mempunyai saudara, semoga si anak ini akan menjadi kakak yang bertanggungjawab dan menyayangi adik-adiknya. Terima kasih Ustazah Atifah Al-Urduuniy yang mengajar kami surah ini dalam subjek Al-Qisosul Quraaniy. Selain surah Yusuf, surah Luqman pun Mrs. Azman ulang dengan harapan pesanan Luqmanul Hakim akan dijiwai.

Mrs. Azman mengalami alahan yang teruk. Bermula dari awal kehamilan sehinggalah beberapa hari selepas bersalin. Keadaan Mrs. Azman ketika itu amat teruk. Lupa dunia luar sehinggakan lupa nama penuh sendiri memandangkan kenalan-kenalan bukan Melayu memanggil 'Abby'. Apabila ke klinik atau apa-apa urusan rasmi, dipanggil Mrs. Nor Wahab. Baldi sentiasa tersedia di sisi untuk memudahkan Mrs. Azman meludah dan muntah. I lost my appetite. Bagi menjaga kesihatan, Mrs. Azman bergantung kepada susu segar-paling kurang 1.5 liter sehari, yogurt, Royal Gala, pisang dan roti bakar bermentega. Pada 12 minggu pertama, Mrs. Azman dibekalkan folic acid oleh doktor. Ianya adalah untuk membantu pembentukan tulang belakang si anak.

Read more...

5 tahun

Wednesday, November 04, 2009

Teringat.. terimbas.. terkenang.. lima tahun Hijriyyah yang lepas sudah..








Khamis

21 Ramadhan 1425 H bersamaan 4 november  2004

Autumn, waktu UK 

Dengan mas kahwin GBP 100.00, nama Cik Nor Arbaeiyah bertukar menjadi Puan Nor Arbaeiyah dalam versi Melayu, dan dalam versi Inggeris pula menjadi Mrs. Azman.

Wali Mrs. Azman ialah Ustaz Rahim, pegawai agama dari Malaysian Student Department. Kadi kami ialah beliau sendiri. Saksi kami ialah Abdul Salam Abd Wahab (DQ-UK) dan Ustaz Ishak Suliaman (sekarang Dr. Ishak), ketika itu merupakan pelajar Melayu yang sedang buat Ph.D di The University of Wales, Lampeter. Pakaian kami pada malam akad nikah itu ialah warna biru. Mrs. Azman berbaju kurung dan tudung biru. Mr. Azman berbaju Melayu biru.

Selasa

16 november 2004 bersamaan 3 syawal 1425 (raya UK-Llanybydder)

Kenduri kahwin kami. Pakaian kami dipos oleh keluarga kami. Terpaksa la terima jugak warna kuning walaupun warna tu yang paling Mrs. Azman tak suke. Ish.. ujian…

Makanan ialah nasi minyak kaler kuning, gulai daging kambing, gulai ayam kampung masak kurma, ayam sweet sour, dan air oren. Kambing tu, ikhwah yg belanja. Seekor kambing, 30 ekor ayam dan 3 ekor ayam kampung. Ayam kampung tu, pensyarah kami yg bagi kat ikhwah. Diaorang lah yang sembelih. Dessert; agar-agar buah-buahan.

Sekalung ucapan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada dua orang chef yang menjayakan jamuan kami, Nor Syairah Awang dan Nurul Huda Zulkifli. Juga pembantu-pembantu yang lainnya yang dengan rajinnya bertolong menolong di dapur.

Juga kepada Rozianty Jaafar yang merupakan pendekorasi majlis kami. Deco.. deco.. deco..!!Juru handy-cam; Tengku Zawani Tengku Zawawi. Dan tak lupa juga kepada editor cd kahwin kami; Mohd. Syahrir Nordin. Jazaakumullahu khairal jazaa'....

Pengapit perempuan; my own younger sister dan pengapit lelaki; Hamdi Che' Lah.


Rabu, 17 november 2004

Sepatutnya majlis ni (Malaysian sisters gathering) dibuat pada 16 Nov jam Tapi ade masalah sikit. Tetamu yg dijemput tak datang pada waktu yg ada kat surat jemputan tu. Hari tu kan hari Selasa. Diaorang ade kuliah. Kite org ni je yg cuti. Kite org kan kuliah Islam, running by muslim, so ade cutilah. Die org seme tu tak. Jadi nak tak nak, kene layan tetamu lah. Buat majlis ni pun secare tergesa-gesa sebab kakak-kakak DQ kite yg dah habis belajar tu dah nak balik ke rumah masing-masing di Manchester, Birmingham dan Sheffield.

Gown tu, Mr. Azman beli dari ebay.co.uk. Kot dia tu, pinjam yg Wan Fairuz punye.
Bunga yg Mrs. Azman pegang tu, bunga wedding. Mrs. Azman suka bunga. Tapi bunga yang 'hidup' la. Kat UK mudah nak dapat. Malaysia ni, payah benar. Tak cantik. Mahal. hu...





Acara potong kek. Ini bilik kosong. Dulu bilik Mrs. Azman, Noja n Kak Jah. Tahun ni, bilik ni dah kosong. Disebabkan student pompuan dah tak ramai. Untuk memudahkan kerja, Mrs. Azman guna bilik kosong. Tak yah kene kemas lebih2 sebelum n selepas guna.





Kami x de buat barang hantaran. Ade kakak-2 yg dah berkeluarga tu nak tolong buatkan, tapi x sempat buat. Saja nak bergambar. Tapi x pe lah. Mmg kami x rancang pon. Lagi satu family dah buatkan. Majlis sini dibuat sekadar utk meraikan kawan-2.


seperti kawan-kawan yg berwalimah di Syria atau negara2 arab, Mrs. Azman juge dirai dengan majlis tarian gelek geng2 wanita2 arab yang menghuni sekitar EIHS. pengalaman yg memalukan bg Mrs. Azman. hu... 




Pengalaman berkahwin di oversea, memang tak sama di Malaysia. Sehinggakan, bila ada majlis-majlis dan kenduri kendara saudara mara terdekat, Mrs. Azman hanya banyak memerhati tanpa banyak memberi idea. 


KAHWIN. "Semua orang boleh berkahwin jika ada jodohnya. Tapi tak semua orang boleh menyambung pelajarannya.." nasihat dari Dr. Izuddin.


Mrs. Azman tak pernah merancang untuk berkahwin. apatah lagi berkahwin pada usia muda-21 tahun. tetapi, perhubungan halal yang terikat dengan akad ini merupakan terapi hidup yang amat bermakna dan bernilai. ia bukan sahaja mengubah 'title', tetapi segala-galanya...
  









Read more...

Raya! Oh, raya!!

Thursday, September 10, 2009

Assalamualaikum wrt. wbt.


Lebih lima hari Mrs. Azman tak berblogging. Huh! klip pah, klip pah.. (loghat Ganu) dah nak habis Ramadhan. Sekarang orang-orang kita (terutamanya perempuan la..) dah mula sibuk dengan persiapan raya di pasar-pasar raya untuk beli baju raya, kasut raya, selipar raya, langsir raya, biskut raya, sampul duit raya, buah tangan hari raya, raya..raya..raya..


Mrs. Azman sambut biasa-biasa jer Aidilfitri tahun ni. Tak de rumah sendiri lagi, biasa la.. Tadi buat biskut cornflakes madu. Separuh dah habis! Tinggal la separuh lagi... hu..hu... tak pe la, tandanya biskut tu sedap! he3x..



Petang tadi, lepas tengok cerita bersiri Cinta Sempurna (penceritanya Ust. Hasrizal Jamil) di ASTRO OASIS, terus jer Mrs. Azman uli adunan biskut tu. Sapa-sapa yang makan, akan berasa dua air tangan, satu yang Mrs. Azman. Satu lagi, air tangan baby Zanjabila! Suka beno dia duk gaul-gaul dalam mangkuk tu. hu..hu..


Mrs. Azman pilih buat biskut ni sebab biskut ni adalah biskut yang paling mudah nak disediakan. Bukan malas, tapi buat sorang-sorang ni, tak syok la.. Bukannya nak nolong si Zanjabila ni. Kakak pulak tak de hari ni. hu..hu..


Ni resepi yang Mrs. Azman tiru dari www.nestle.com.my: Kalau tak berapa nak reti, dia ada video dia. Boleh perati dia buat camane.


BISKUT GLACY NESTLE® CORN FLAKES

Preparation & cooking time : 45 minutes
Makes : 60 pieces

Per piece : 0.82g Protein, 2g Fat, 9f Carbohydrates : 55 Kcal (231 kilojoules)
A
6 tablespoons honey
65g butter or margarine
1 teaspoon caster sugar
1 teaspoon vanilla essence


B
4 cups NESTLÉ® CORN FLAKES
1 cup toasted almond flakes
4 tablespoons toasted sesame seeds
2 tablespoons chopped red cherries
2 tablespoons chopped green cherries


1. In a saucepan, melt A ingredients over low heat until mixture is slightly thick.
2. Then stir essence and B ingredients; mix well. Spoon mixture into paper cupcakes.
3. Bake in preheated 170°C oven for 15 - 20 minutes or until lightly brown.
4. Remove from oven and let it stand for 20 minutes.


Cuba la buat, best..! Senang dan cukup mudah. Payah sikit dari masak mee segera. he3x...


Sekejap jer masa berjalan. Macam-macam nak dibuat, semuanya tak sempat dalam tempoh 24 jam. hu...hu.. Nanti, sedar-sedar, dah nak Ramadhan pulak dah. Baru jer rasa macam semalam start bersahur. Hmm.. Tersebut pasal sahur, sepanjang puasa ni, dua kali Mrs. Azman tak terbangun untuk sahur. Alhamdulillah, dapat jugak la teruskan puasa walaupun tekak kekeringan-dehidrasi. Biasa la, breastfeeding mum. Akibatnya, Mrs. Azman akan alami demam. Ni, baru baik demam la ni. hu..hu.. Mr. Azman tak sahur, tak pe. Mr. Azman hanya bangun sahur untk ambil berkat aje. Segelas air aje.


Tak tahu la kenapa tak exited sangat raya tahun ni... macam-macam berlaku kot..?? hmm...


Raya! Oh, raya!

Read more...

Selamat Hari Lahir

Friday, September 04, 2009



Assalamualaikum wrt. wbt.
Sempena tarikh 4 September, Mrs. Azman mengucapkan 'Selamat Berumur 26 Tahun' kepada Mr. Azman. Didoakan semoga diberkati umur, diluaskan pintu rezeki, ditambahkan ilmu pengetahuan bermanfaat dan dicekalkan hati dalam perjuangan jihad. Semoga senantiasa berbahagia bersama kami. Amin..


Mahu kenal Mr. Azman? Ini dia antara peribadi Mr. Azman yang dikenal pasti oleh Mrs. Azman: he3x..


Suka



- Surfing the internet.
Wang akan diperuntukkan untuk bil Stremyx. Bila free lepas balik kerja atau weekends, sebilangan besar masa akan dihabiskan depan skrin komputer. Maka, Mrs. Azman tak boleh la nak berblogging time tu. hu..hu..hu..


- Reading books or magazines
Wang jugak akan diperuntukkan untuk bahan bacaan ni. Mr. Azman biasanya akan melanggan majalah untuk dirinya, Mrs. Azman dan anak-anak. Tapi dah lama Mrs. Azman tak sambung order majalah pa&ma tu. Majalah Aulad untuk Si Ain pun belum dilanggan. Bila ntah.. Yang Mr. Azman langgan setakat ni ialah Majalah I dan Majalah PC keluaran Karangkraft.
Time gi shopping kat kedai buku Men Men atau Pustaka Munirah adalah time yang seronok amat. Yeay!!Sebab, Mr. Azman tak akan jemu luang masa membelek di situ. Biasanya Mr. Azman akan 'kuyu' bila ikut Mrs. Azman shopping nih. Siap menguap-nguap lagi. Tensen btol..


- Listen to talks
Mr. Azman suka dengar ceramah. Ceramah agama atau ceramah politik. (politik tu pun, agama jugak). Selain tu, Mr. Azman jugak suka dengar perbahasan sidang dun atau parlimen.


- Politik
Mr. Azman suka mengikuti perkembangan politik semasa di Malaysia khasnya. Ketika di UK, Mr. Azman juga follow perkembangan politik di sana.


- Musafir
Mr. Azman suka bermusafir dan cabaran bermusafir. Banyak tempat yang Mr. Azman berpeluang melawat ketika di UK semasa single dahulu. Lepas kami kahwin pun, kami juga keluar merantau bersama. Antara nickname Mr. Azman ialah Musafir Kelana.


- Subjek
Sejarah peradaban manusia dan ekonomi.


-Ayam masak merah
Mr. Azman suka western food. So, nasi ni kurang disentuhnya. Hanya 1 setengah senduk sahaja sehari. Never second. Tapi Mr. Azman akan pulun banyak bila time lauk ayam masak merah. he3x.. Sehinggakan, Mrs. Azman dah jadi expert cook untuk ayam masak merah ni. kih3x... Next time, Mrs. Azman akan masukkan dalam entri berkenaan resepi lauk ayam masak merah kesukaan Mr. Azman. he3x...


-Western food
Mr. Azman paling sukakan makanan-makanan gini. Chips (lebih dikenali sebagai French Fries di Malaysia), burger, cheese, nugget, toast, cakes, fried chicken, fried fish fillet, mayonnaise, coleslaw, cookies (terutamanya chocolate cookies), cup cakes, muffin (terutamanya yang moist dan ditabur chocolate chips atas dia), ice cream dan kerepek ubi kayu berperisa sira pedas (yang ini eastern). heh..heh..heh.. Masa kat UK hari tu, pernah jugak la buatkan Spaghetti. Tapi kat Malaysia ni, Mr. Azman prefer mee goreng basah (sikit je basahnye.. tak de la basah lenjun).


- Favourite drinks
Mr. Azman suka minum sarsi, cola, orangeade, soda dan adik-beradik seangkatannya yang bergas. Lagi, kopi RADIX, hot or cold chocolate but, the most Mr. Azman suka ialah 'air mati' (istilah orang tua-tua di Terengganu untuk air masak @ air putih). he3x...




Tak Suka


- Membazir/ Tidak cermat
Mr. Azman tak suka membazir. Mr. Azman akan cermat dalam semua penggunaan. Barang-barang jarang rosak ditangannya. Mr. Azman akan makan apa yang ada. Pakai apa yang ada. Baju-baju Mr. Azman sekarang adalah baju-baju ketika Mr. Azman belajar di Maahad Darul Qur'an dahulu. Masa di UK, tak banyak yang dibeli. Hanya 5 helai jersi di Sport Soccer yang berdiskaun hebat ketika tu dan beberapa helai baju polo dan jeans dari car boot sale. Masa bekerja di Tahfiz dulu pun, tak banyak long sleeve shirt yang dibeli. Time raya pun, hanya sepasang baju Melayu dan sehelai polo shirt. Walaupun baju-baju Mr. Azman dah 'berusia' tetapi masih tampak elok dan tak buruk. Tengok la sapa pulak yang mendobi pakaian Mr. Azman. heh..heh..heh.. Next time dalam entri akan datang, Mrs. Azman akan ceritakan macam mana nak mendobi untuk kekalkan baju agar kelihatan sentiasa baru atau elok. he3x..


- Kehilangan barang
Mr. Azman tak suka barangnya hilang. Mr. Azman akan meletakkan barang-barang penting seperti dompet, kunci kereta dan PDA di tempat selamat yang Mr. & Mrs. Azman maklum. Anak-anak kami dilarang untuk 'bermain' dengan benda-benda ini dan mereka diajar yang masing-masing mempunyai 'privacy'.


- Bersepah
Bila mengemas, Mrs. Azman kena sistematik rather than menghias. Kat mana bahagian toiletteries, kat mana bahagian toys, kat mana bahagian books, kat mana bahagian letters and bills, kat mana bahagian pakaian, kat mana bahagian sidaian tuala dan kat mana bahagian perkakasan komputer. Kena sistematik sebab Mr. Azman tak suka bersepah dan tak suka ambil banyak masa untuk mencari-cari. Hmm..Tak de la kemas sangat tapi still tak berselerak. hu..hu..hu..
Anak-anak kami diajar supaya 'menyimpan semula di tempat asal'. Alhamdulillah, Si Ain tu faham dan dia praktis. Semoga peribadinya kekal begitu. Kalau Si Adik, tak paham-paham lagi. Bila orang cakap, sengih-sengih aje lah dia. ha..ha..ha..


- Cakap tak serupa bikin
Sekejap cakap gitu. Sekejap cakap gini. Bila cakap gitu, dia buat gini. Ha, yang ini paling Mr. Azman tak suka. Huh, memang tak boleh kerja lama la dengan bos yang cakap bukan hitam putih gitu.


- Sayur-sayuran
Mr. Azman tak suka makan sayur-sayuran hijau atau bukan hijau kecuali Salad. Satu-satunya sayur yang dimakan oleh Mr. Azman ialah Salad! Sayur-sayuran lain akan dikuis-kuis keluar dari pinggannya. hu..hu..hu..


-Buah-buahan
Luar atau tempatan, both of them Mr. Azman tak suka belaka. hu..hu..hu..


-Kuih-muih Melayu
Mr. Azman tak suka kuih-muih tradisional ni. Kecuali pulut dan Sekaya.


-Ubat
Dalam group yang payah makan ubat jugak ni. Dulu-dulu, Mrs. Azman yang nak kena suapkan ubat. Sekarang kurang sikit. Mr. Azman dah mula cari alternatif untuk cover kekurangan pengambilan nutrien dalam diet. Since join MLM di HPA, Mr. Azman dah banyak ambil ubat-ubatan herba dan spirulina. Sekarang Mr. Azman minum susu ALPHA LIPID.


Ok, ini la sedikit sebanyak berkenaan dengan Mr. Azman. he..he..he..


Mr. Azman, I luv u so bad!




Read more...

Tragedi September@Ramadhan

Thursday, September 03, 2009

Assalamualaikum wrt. wbt.


(Sheffield, Spring 2004)


Salam Ramadhan. Salam bulan berkat.
Bulan Ramadhan ini, antara tarikh-tarikh penting umat Islam. Bagi kami berdua, ada satu tarikh Ramadhan bersejarah  yang berlaku antara kami. Tarikh ini mengubah kehidupan kami secara total. Kawan-kawan tunggulah bila sampai tarikhnya ye! Mrs. Azman akan umumkan dalam entri sehari sebelum tiba tarikhnya itu.


Kebetulan, Ramadhan tahun ini bersamaan dengan bulan September Masihi. Esok akan ada sesuatu yang bakal berlaku. Tunggu!!

Read more...

Selamat Berblogging!

Assalamualaikum wrt. wbt.




Mrs. Azman mengucapkan 'Selamat Berblogging!' kepada diri sendiri. Semoga blog yang sudah sedia tercipta selama hampir empat tahun ini akan mula dan sentiasa 'hidup' dengan entri baru. (hu..hu..hu..)

Memikirkan payah untuk bersua dengan rakan-rakan yang kini makin jauh 'berkeliaran', Mrs. Azman merasakan bahawa servis percuma blogspot ini mesti dimanfaatkan. (Betul3x..)

Jimat masa (tak perlu tunggu holidays dan nak kena sesuaikan dengan masa lapang kawan-kawan yang lain). Jimat tenaga (tak perlu nak angkut anak-anak). Jimat kewangan (tak perlu habiskan duit untuk kenaikan harga minyak ni). It's really, really, really practical!

Bukan sekadar untuk mengkhabar berita tetapi juga untuk chatting (perempuan kan..). Kalau dulu, suri rumah-suri rumah berbual berborak di atas tangga, kini ibu-ibu moden menjalin dan merapatkan silaturrahim hanya melalui papan kekunci dan tetikus! (walaupun Mrs. Azman takutkan tikus).

Yeah! Hidup ibu moden!!

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP