Selamat Hari Lahir

Friday, September 04, 2009



Assalamualaikum wrt. wbt.
Sempena tarikh 4 September, Mrs. Azman mengucapkan 'Selamat Berumur 26 Tahun' kepada Mr. Azman. Didoakan semoga diberkati umur, diluaskan pintu rezeki, ditambahkan ilmu pengetahuan bermanfaat dan dicekalkan hati dalam perjuangan jihad. Semoga senantiasa berbahagia bersama kami. Amin..


Mahu kenal Mr. Azman? Ini dia antara peribadi Mr. Azman yang dikenal pasti oleh Mrs. Azman: he3x..


Suka



- Surfing the internet.
Wang akan diperuntukkan untuk bil Stremyx. Bila free lepas balik kerja atau weekends, sebilangan besar masa akan dihabiskan depan skrin komputer. Maka, Mrs. Azman tak boleh la nak berblogging time tu. hu..hu..hu..


- Reading books or magazines
Wang jugak akan diperuntukkan untuk bahan bacaan ni. Mr. Azman biasanya akan melanggan majalah untuk dirinya, Mrs. Azman dan anak-anak. Tapi dah lama Mrs. Azman tak sambung order majalah pa&ma tu. Majalah Aulad untuk Si Ain pun belum dilanggan. Bila ntah.. Yang Mr. Azman langgan setakat ni ialah Majalah I dan Majalah PC keluaran Karangkraft.
Time gi shopping kat kedai buku Men Men atau Pustaka Munirah adalah time yang seronok amat. Yeay!!Sebab, Mr. Azman tak akan jemu luang masa membelek di situ. Biasanya Mr. Azman akan 'kuyu' bila ikut Mrs. Azman shopping nih. Siap menguap-nguap lagi. Tensen btol..


- Listen to talks
Mr. Azman suka dengar ceramah. Ceramah agama atau ceramah politik. (politik tu pun, agama jugak). Selain tu, Mr. Azman jugak suka dengar perbahasan sidang dun atau parlimen.


- Politik
Mr. Azman suka mengikuti perkembangan politik semasa di Malaysia khasnya. Ketika di UK, Mr. Azman juga follow perkembangan politik di sana.


- Musafir
Mr. Azman suka bermusafir dan cabaran bermusafir. Banyak tempat yang Mr. Azman berpeluang melawat ketika di UK semasa single dahulu. Lepas kami kahwin pun, kami juga keluar merantau bersama. Antara nickname Mr. Azman ialah Musafir Kelana.


- Subjek
Sejarah peradaban manusia dan ekonomi.


-Ayam masak merah
Mr. Azman suka western food. So, nasi ni kurang disentuhnya. Hanya 1 setengah senduk sahaja sehari. Never second. Tapi Mr. Azman akan pulun banyak bila time lauk ayam masak merah. he3x.. Sehinggakan, Mrs. Azman dah jadi expert cook untuk ayam masak merah ni. kih3x... Next time, Mrs. Azman akan masukkan dalam entri berkenaan resepi lauk ayam masak merah kesukaan Mr. Azman. he3x...


-Western food
Mr. Azman paling sukakan makanan-makanan gini. Chips (lebih dikenali sebagai French Fries di Malaysia), burger, cheese, nugget, toast, cakes, fried chicken, fried fish fillet, mayonnaise, coleslaw, cookies (terutamanya chocolate cookies), cup cakes, muffin (terutamanya yang moist dan ditabur chocolate chips atas dia), ice cream dan kerepek ubi kayu berperisa sira pedas (yang ini eastern). heh..heh..heh.. Masa kat UK hari tu, pernah jugak la buatkan Spaghetti. Tapi kat Malaysia ni, Mr. Azman prefer mee goreng basah (sikit je basahnye.. tak de la basah lenjun).


- Favourite drinks
Mr. Azman suka minum sarsi, cola, orangeade, soda dan adik-beradik seangkatannya yang bergas. Lagi, kopi RADIX, hot or cold chocolate but, the most Mr. Azman suka ialah 'air mati' (istilah orang tua-tua di Terengganu untuk air masak @ air putih). he3x...




Tak Suka


- Membazir/ Tidak cermat
Mr. Azman tak suka membazir. Mr. Azman akan cermat dalam semua penggunaan. Barang-barang jarang rosak ditangannya. Mr. Azman akan makan apa yang ada. Pakai apa yang ada. Baju-baju Mr. Azman sekarang adalah baju-baju ketika Mr. Azman belajar di Maahad Darul Qur'an dahulu. Masa di UK, tak banyak yang dibeli. Hanya 5 helai jersi di Sport Soccer yang berdiskaun hebat ketika tu dan beberapa helai baju polo dan jeans dari car boot sale. Masa bekerja di Tahfiz dulu pun, tak banyak long sleeve shirt yang dibeli. Time raya pun, hanya sepasang baju Melayu dan sehelai polo shirt. Walaupun baju-baju Mr. Azman dah 'berusia' tetapi masih tampak elok dan tak buruk. Tengok la sapa pulak yang mendobi pakaian Mr. Azman. heh..heh..heh.. Next time dalam entri akan datang, Mrs. Azman akan ceritakan macam mana nak mendobi untuk kekalkan baju agar kelihatan sentiasa baru atau elok. he3x..


- Kehilangan barang
Mr. Azman tak suka barangnya hilang. Mr. Azman akan meletakkan barang-barang penting seperti dompet, kunci kereta dan PDA di tempat selamat yang Mr. & Mrs. Azman maklum. Anak-anak kami dilarang untuk 'bermain' dengan benda-benda ini dan mereka diajar yang masing-masing mempunyai 'privacy'.


- Bersepah
Bila mengemas, Mrs. Azman kena sistematik rather than menghias. Kat mana bahagian toiletteries, kat mana bahagian toys, kat mana bahagian books, kat mana bahagian letters and bills, kat mana bahagian pakaian, kat mana bahagian sidaian tuala dan kat mana bahagian perkakasan komputer. Kena sistematik sebab Mr. Azman tak suka bersepah dan tak suka ambil banyak masa untuk mencari-cari. Hmm..Tak de la kemas sangat tapi still tak berselerak. hu..hu..hu..
Anak-anak kami diajar supaya 'menyimpan semula di tempat asal'. Alhamdulillah, Si Ain tu faham dan dia praktis. Semoga peribadinya kekal begitu. Kalau Si Adik, tak paham-paham lagi. Bila orang cakap, sengih-sengih aje lah dia. ha..ha..ha..


- Cakap tak serupa bikin
Sekejap cakap gitu. Sekejap cakap gini. Bila cakap gitu, dia buat gini. Ha, yang ini paling Mr. Azman tak suka. Huh, memang tak boleh kerja lama la dengan bos yang cakap bukan hitam putih gitu.


- Sayur-sayuran
Mr. Azman tak suka makan sayur-sayuran hijau atau bukan hijau kecuali Salad. Satu-satunya sayur yang dimakan oleh Mr. Azman ialah Salad! Sayur-sayuran lain akan dikuis-kuis keluar dari pinggannya. hu..hu..hu..


-Buah-buahan
Luar atau tempatan, both of them Mr. Azman tak suka belaka. hu..hu..hu..


-Kuih-muih Melayu
Mr. Azman tak suka kuih-muih tradisional ni. Kecuali pulut dan Sekaya.


-Ubat
Dalam group yang payah makan ubat jugak ni. Dulu-dulu, Mrs. Azman yang nak kena suapkan ubat. Sekarang kurang sikit. Mr. Azman dah mula cari alternatif untuk cover kekurangan pengambilan nutrien dalam diet. Since join MLM di HPA, Mr. Azman dah banyak ambil ubat-ubatan herba dan spirulina. Sekarang Mr. Azman minum susu ALPHA LIPID.


Ok, ini la sedikit sebanyak berkenaan dengan Mr. Azman. he..he..he..


Mr. Azman, I luv u so bad!




0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP