5 tahun

Wednesday, November 04, 2009

Teringat.. terimbas.. terkenang.. lima tahun Hijriyyah yang lepas sudah..








Khamis

21 Ramadhan 1425 H bersamaan 4 november  2004

Autumn, waktu UK 

Dengan mas kahwin GBP 100.00, nama Cik Nor Arbaeiyah bertukar menjadi Puan Nor Arbaeiyah dalam versi Melayu, dan dalam versi Inggeris pula menjadi Mrs. Azman.

Wali Mrs. Azman ialah Ustaz Rahim, pegawai agama dari Malaysian Student Department. Kadi kami ialah beliau sendiri. Saksi kami ialah Abdul Salam Abd Wahab (DQ-UK) dan Ustaz Ishak Suliaman (sekarang Dr. Ishak), ketika itu merupakan pelajar Melayu yang sedang buat Ph.D di The University of Wales, Lampeter. Pakaian kami pada malam akad nikah itu ialah warna biru. Mrs. Azman berbaju kurung dan tudung biru. Mr. Azman berbaju Melayu biru.

Selasa

16 november 2004 bersamaan 3 syawal 1425 (raya UK-Llanybydder)

Kenduri kahwin kami. Pakaian kami dipos oleh keluarga kami. Terpaksa la terima jugak warna kuning walaupun warna tu yang paling Mrs. Azman tak suke. Ish.. ujian…

Makanan ialah nasi minyak kaler kuning, gulai daging kambing, gulai ayam kampung masak kurma, ayam sweet sour, dan air oren. Kambing tu, ikhwah yg belanja. Seekor kambing, 30 ekor ayam dan 3 ekor ayam kampung. Ayam kampung tu, pensyarah kami yg bagi kat ikhwah. Diaorang lah yang sembelih. Dessert; agar-agar buah-buahan.

Sekalung ucapan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada dua orang chef yang menjayakan jamuan kami, Nor Syairah Awang dan Nurul Huda Zulkifli. Juga pembantu-pembantu yang lainnya yang dengan rajinnya bertolong menolong di dapur.

Juga kepada Rozianty Jaafar yang merupakan pendekorasi majlis kami. Deco.. deco.. deco..!!Juru handy-cam; Tengku Zawani Tengku Zawawi. Dan tak lupa juga kepada editor cd kahwin kami; Mohd. Syahrir Nordin. Jazaakumullahu khairal jazaa'....

Pengapit perempuan; my own younger sister dan pengapit lelaki; Hamdi Che' Lah.


Rabu, 17 november 2004

Sepatutnya majlis ni (Malaysian sisters gathering) dibuat pada 16 Nov jam Tapi ade masalah sikit. Tetamu yg dijemput tak datang pada waktu yg ada kat surat jemputan tu. Hari tu kan hari Selasa. Diaorang ade kuliah. Kite org ni je yg cuti. Kite org kan kuliah Islam, running by muslim, so ade cutilah. Die org seme tu tak. Jadi nak tak nak, kene layan tetamu lah. Buat majlis ni pun secare tergesa-gesa sebab kakak-kakak DQ kite yg dah habis belajar tu dah nak balik ke rumah masing-masing di Manchester, Birmingham dan Sheffield.

Gown tu, Mr. Azman beli dari ebay.co.uk. Kot dia tu, pinjam yg Wan Fairuz punye.
Bunga yg Mrs. Azman pegang tu, bunga wedding. Mrs. Azman suka bunga. Tapi bunga yang 'hidup' la. Kat UK mudah nak dapat. Malaysia ni, payah benar. Tak cantik. Mahal. hu...





Acara potong kek. Ini bilik kosong. Dulu bilik Mrs. Azman, Noja n Kak Jah. Tahun ni, bilik ni dah kosong. Disebabkan student pompuan dah tak ramai. Untuk memudahkan kerja, Mrs. Azman guna bilik kosong. Tak yah kene kemas lebih2 sebelum n selepas guna.





Kami x de buat barang hantaran. Ade kakak-2 yg dah berkeluarga tu nak tolong buatkan, tapi x sempat buat. Saja nak bergambar. Tapi x pe lah. Mmg kami x rancang pon. Lagi satu family dah buatkan. Majlis sini dibuat sekadar utk meraikan kawan-2.


seperti kawan-kawan yg berwalimah di Syria atau negara2 arab, Mrs. Azman juge dirai dengan majlis tarian gelek geng2 wanita2 arab yang menghuni sekitar EIHS. pengalaman yg memalukan bg Mrs. Azman. hu... 




Pengalaman berkahwin di oversea, memang tak sama di Malaysia. Sehinggakan, bila ada majlis-majlis dan kenduri kendara saudara mara terdekat, Mrs. Azman hanya banyak memerhati tanpa banyak memberi idea. 


KAHWIN. "Semua orang boleh berkahwin jika ada jodohnya. Tapi tak semua orang boleh menyambung pelajarannya.." nasihat dari Dr. Izuddin.


Mrs. Azman tak pernah merancang untuk berkahwin. apatah lagi berkahwin pada usia muda-21 tahun. tetapi, perhubungan halal yang terikat dengan akad ini merupakan terapi hidup yang amat bermakna dan bernilai. ia bukan sahaja mengubah 'title', tetapi segala-galanya...
  









0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP