Thursday, December 31, 2009

'Air mata air di dalam syurga yang sungguh sedap diminum' - surah Al-Insaan, ayat 18. Dari ayat ini kami namakan permata pertama kami dengan Ain Salsabila. Mengikut sejarahnya, Mrs. Azman mahu menamakan anak @ anak-anak dengan nama-nama baik dan elok bermakna lagi tersebut di dalam Al-Qur'an. Pada pendapat Mrs. Azman, kita pastinya gembira apabila membaca sesuatu bacaan yang tersebut nama kita. Lebih-lebih lagi jika tertulis dalam kitab-Nya. Mrs. Azman mahu anak-anak seronok dan terdorong untuk mengaji apabila tahu asal-usul nama-nama mereka. Selain itu yang menguatkan azam Mrs. Azman ialah, ketika belajar di EIHS, para pensyarah di situ mempunyai nama-nama indah yang tersebut di dalam Al-Quran. Apabila mereka memperkenalkan nama, pastinya akan disusuli dengan keratan ayat Al-Quran tersebut. Inilah yang memberikan inspirasi kepada Mrs. Azman.

Alhamdulillah, Mrs. Azman berjaya khatam Al-Quran sebanyak lapan kali dalam tempoh 39 minggu 5 hari. Pada hari-hari terakhir, Mrs. Azman mengulangi bacaan surah Yusuf sambil menghayati ceritanya. Selain mengharapkan keelokan rupa paras si anak, harapan agar si dia akan meneladani ketaatan dan kebaikan baginda nabi Yusuf a.s juga dimakbulkan Esa. Jika ditakdirkan mempunyai saudara, semoga si anak ini akan menjadi kakak yang bertanggungjawab dan menyayangi adik-adiknya. Terima kasih Ustazah Atifah Al-Urduuniy yang mengajar kami surah ini dalam subjek Al-Qisosul Quraaniy. Selain surah Yusuf, surah Luqman pun Mrs. Azman ulang dengan harapan pesanan Luqmanul Hakim akan dijiwai.

Mrs. Azman mengalami alahan yang teruk. Bermula dari awal kehamilan sehinggalah beberapa hari selepas bersalin. Keadaan Mrs. Azman ketika itu amat teruk. Lupa dunia luar sehinggakan lupa nama penuh sendiri memandangkan kenalan-kenalan bukan Melayu memanggil 'Abby'. Apabila ke klinik atau apa-apa urusan rasmi, dipanggil Mrs. Nor Wahab. Baldi sentiasa tersedia di sisi untuk memudahkan Mrs. Azman meludah dan muntah. I lost my appetite. Bagi menjaga kesihatan, Mrs. Azman bergantung kepada susu segar-paling kurang 1.5 liter sehari, yogurt, Royal Gala, pisang dan roti bakar bermentega. Pada 12 minggu pertama, Mrs. Azman dibekalkan folic acid oleh doktor. Ianya adalah untuk membantu pembentukan tulang belakang si anak.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP